Murah ! Sedap !Cantik !
AL-AMSYAR CHOCOLATE ENTERPRISE
Asalamualaikum dan salam sejahtera kami ajukan kepada pelanggan dan tetamu yang melawat blog AL-Amsyar.
Syarikat AL-Amsyar Chocolate Enterprise ditubuhkan pada 19 April 2011. Permulaan perniagaan , syarikat membekalkan cornflake coklat pada musim perayaan.Kemudian perniagaan dilebarkan dengan membekalkan cornflake diluar musim perayaan.Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan, syarikat mengorak langkah dengan membekalkan Kotak Berkat untuk majlis-majlis perkahwinan , harijadi , bertunang dan koporat.
Produk keluaran Al-Amsyar juga sesuai untuk majlis lain yang memerlukan cenderahati untuk para tetamu.
Syarikat memberanikan diri dengan menghasilkan design kotak sendiri agar menepati citarasa pelanggan.
Keistimewaan syarikat adalah mampu menghasilkan design kotak yang exclusive untuk pelanggan yang mahukan kelainan dalam majlis mereka.
AL-Amsyar Chocolate Enterprise adalah syarikat muslim yang bertempat di bandaraya Shah Alam.
Perkhidmatan percuma daripada syarikat :
- Design color kotak mengikut tema majlis.
- Mampu memberikan design yang menepati citarasa pelanggan.
- Topping dan cup cornflake coklat mengikut warna tema majlis.


No comments:
Post a Comment